Cari @ Amanz

Sejak pengenalan Instagram Stories, boleh dikatakan Snapchat menghadapi cabaran untuk terus mempertingkatkan angka pengguna mereka. Kini, lebih menyedihkan lagi apabila Snapchat dilihat mula kehilangan pengguna aktif harian mereka.

Melalui laporan kewangan terbaru, Snapchat mengatakan mereka kehilangan sekitar 3 juta pengguna aktif harian pada suku kedua 2018 ini. Mereka mengatakan pengguna aktif harian berkurangan daripada 191 juta pengguna setiap hari kepada 188 juta pengguna harian pada suku tahun lepas.

Snapchat mengatakan penurunan ini adalah disebabkan oleh perubahan antaramuka, dan mengatakan mereka telah mengatasi perkara berkenaan, dan menyasarkan untuk terus meningkatkan angka pengguna selepas ini.

Ia tidak diketahui sama ada Snapchat benar-benar telah mengatasi hal berkenaan dan akan melihat peningkatan angka pengguna atau sebaliknya. Mungkin kita boleh lihat penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan sosial berkenaan melalui kemaskini penyata kewangan mereka pada suku tahun seterusnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd