Firefox Hadir Dengan Eksperimen Baru Untuk Mencadangkan Anda Artikel Seterusnya Untuk Dibaca

Firefox Hadir Dengan Eksperimen Baru Untuk Mencadangkan Anda Artikel Seterusnya Untuk Dibaca

Diterbitkan pada Ogos 8, 2018 oleh .

Mozilla hari ini telah hadir dengan Test Pilot baru dinamakan Advance, yang mana melaluinya ia mempelajari kaedah pelayaran web anda, dan seterusnya mencadangkan artikel yang sesuai untuk anda baca atau web untuk anda layari seterusnya.

Melalui Advance, ia akan memaparkan sebuah sidebar yang memperlihatkan cadangan laman untuk dilayari berdasarkan laman yang sedang anda baca pada sesuatu masa. Seperti biasa, Mozilla mengatakan cadangan akan terus bertambah baik dengan pembelajaran mesin dari hari ke hari untuk mempelajari kaedah pelayaran anda.

Buat masa ini, cadangan yang dipaparkan dilihat adalah daripada laman-laman popular berbahasa Inggeris sahaja, dan mungkin tidak begitu mesra untuk pengguna yang inginkan artikel berbahasa lain.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Advance ini hari ini melalui laman Firefox Test Pilot.


TIPS & ULASAN