Cari @ Amanz

Paparan beresolusi 4K dilihat nampak semakin popular kebelakangan ini, dan ini boleh dikatakan kerana pelbagai media 4K dilihat semakin galak penggunaannya secara terbuka, termasuklah melalui tayangan filem, penstriman video atas talian dan juga permainan video dan komputer.

Di acara Computex Taipei beberapa bulan yang lalu, ASUS dilihat memperkenalkan paparan gaming ASUS ROG SWIFT PG27UQ, sebuah paparan skrin bersaiz 27 inci yang mempunyai resolusi skrin 4K (3840×2160) dan kadar segar semula 144Hz, yang digabungkan dengan sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA GSYNC yang menyelarikan data yang hadir daripada kad grafik dengan paparan skrin untuk mengelakkan masalah screen tearing.

Malah paparan PG27UQ ini boleh dikatakan paparan pertama yang hadir dengan gabungan resolusi 4K dan kadar segar semula 144Hz, dan untuk menggerakkan paparan ini pada resolusi tersebut dengan lancar, anda akan memerlukan dua kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 Ti di dalam konfigurasi SLI.

Selain dari itu, paparan ini juga hadir dengan ciri Aura Sync di mana bahagian belakang paparan tersebut hadir dengan lampu RGB yang boleh diubahsuai melalui perisian, dan juga lampu berwarna merah yang boleh dipancarkan pada dinding dan juga ke atas meja.

ASUS Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa pra-tempah untuk paparan skrin ASUS ROG SWIFT PG27UQ ini sudahpun dibuka sehingga 10 Ogos kelak. Sebuah unit paparan skrin tersebut hadir pada harga RM10,999, dan boleh dipra-tempah di kedai-kedai berikut:

  • ACTIVELANSING TRADING
  • AONE PLUS SUPPLIES
  • BRIGHTSTAR COMPUTER SDN BHD
  • C-ZONE SDN BHD
  • E-TECH COMPUTER ACCESSORIES SDN BHD
  • IDEAL TECH PC SDN BHD
  • Micron TM
  • MIT TECHNOLOGY SDN BHD
  • P.C. IMAGE
  • THUNDER MATCH TECHNOLOGY SDN BHD
  • TOPMACRO NETWORK SDN BHD
  • TOPMAID COMPUTER SDN BHD
  • VIEWNET COMPUTER SYSTEM SDN BHD
  • ARAID TECHNOLOGY SDN BHD
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd