Android Pie Dibina Dengan Sistem Yang Tidak Boleh Turun Taraf Ke Android Oreo

Android Pie Dibina Dengan Sistem Yang Tidak Boleh Turun Taraf Ke Android Oreo

Diterbitkan pada Ogos 8, 2018 oleh .

Seperti Xiaomi Redmi Note 5, jika sudah dinaik taraf – Xiaomi tidak membenarkan pengguna untuk menurun taraf sebagai langkah keselamatan terhadap sekuriti.

Terkini, Google telah menerbitkan dokumentasi Android Pie. Mana-mana pengeluar yang hadir dengan peranti yang menjalankan Android Pie – ROM mereka digalakkan untuk dibangunkan sekali dengan ciri untuk tidak boleh diturun taraf. Ini adalah satu langkah sekuriti. Ini kerana, sistem operasi lama Android tidak lagi mempunyai kemaskini sekuriti. Jadi bagi mengelak isu sekuriti, mana-mana peranti dengan Android Pie (yang sudah stabil) tidak boleh diturun taraf. Jika pengguna masih berdegil menurun taraf – peranti mereka tidak oleh diboot masuk.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah satu ciri yang sudah dibina dalam Android Pie (AOSP). Ini bermakna pengeluar peranti masih boleh mematikannya.

Manakala, mana-mana custom ROM pula – apabila diflash sistem ini akan terus mati – kecuali ia dikodkan oleh pembangun. Seperti Pixel 3 dan Pixel 3 XL, ia akan hadir terus dengan Android Pie. Oleh itu ia memang tidak akan boleh diturun taraf ke Oreo.

Menggunakan sistem operasi terkini dijamin akan mendapat kemaskini sekuriti terkini – sekurang-kurangnya itu adalah jaminan untuk Android asli dan Android One. Tetapi bagi sistem Android yang dibangunkan semula dengan antaramuka, ia adalah bergantung kepada pengeluar peranti.


TIPS & ULASAN