Cari @ Amanz

Huawei Malaysia kini dilihat telah mengemaskini harga jualan untuk dua telefon pintar popular mereka pada tahun ini, iaitu Huawei P20 dan juga Huawei P20 Pro. Kedua-dua telefon pintar ini telah dilancarkan pada April lepas, dan kini dilihat menerima sedikit penurunan harga selepas potongan harga disebabkan GST sebelum ini.

Huawei P20

Huawei P20 kini boleh didapati pada harga RM2299 (berbanding RM2452 sebelum ini). Huawei P20 hadir dengan cip Kirin 970, memori 4GB RAM dan ruangan storan 128GB. Ia turut menyertakan kamera belakang dengan sokongan Leica, selain rekaan skrin bertakuk.

Huawei P20 Pro pula kini dijual pada harga RM2899 (berbanding RM3112 sebelum ini). Telefon pintar ini memegang taktha dengan penawaran kamera paling baik untuk rakaman gambar, melalui penggunaan tri-kamera belakang dengan sokongan Leica. Ia juga turut hadir dengan memori 6GB RAM bersama-sama dengannya.

Selain daripada kedua-dua peranti ini, Huawei Malaysia juga telah mula menawarkan Huawei Mate 10 Pro pada harga RM2399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd