Samsung Menjadualkan 15 Ogos Untuk Pelancaran Galaxy Note 9 Di Malaysia

Samsung Menjadualkan 15 Ogos Untuk Pelancaran Galaxy Note 9 Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 8, 2018 oleh .

Samsung bakal memperkenalkan Galaxy Note 9 pada peringkat global secara rasminya lewat malam esok, iaitu 9 Ogos. Menariknya, kini Samsung Malaysia dilihat akan membawa masuknya dengan pantas untuk pasaran tempatan, dan telah pun menjadualkan sebuah acara khas pada 15 Ogos 2018 ini.

Samsung Galaxy Note 9

Buat masa ini, penawaran yang bakal dibawakan oleh Galaxy Note 9 masih menjadi tanda tanya. Seperti biasa, ia dijangka menyertakan spesifikasi tinggi, selain dilengkapi input berasaskan S-Pen. Samsung juga dijangka mengumumkan kerjasama khusus bersama Epic Games untuk pelancaran Fortnite bersama-sama peranti berkenaan.

Kita mungkin akan lebih mengetahui penawaran peranti berkenaan lewat malam esok. Jikalau harga tertiris sebelum ini adalah tepat, maka kita mungkin melihat Note 9 ditawarkan pada harga sekitar RM4299 untuk model 128GB. Apa pun, sama-sama kita nantikan 15 Ogos ini untuk mengetahui lanjut mengenai penawaran Galaxy Note 9 di Malaysia.


TIPS & ULASAN