Nokia 3, 5, 6, 7 Plus Dan 8 Disahkan Akan Menerima Android 9.0 Pie

Diterbitkan pada Ogos 8, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sebelum ini telah pun memperkenalkan Android 9.0 Pie secara rasminya, sekaligus membawakan kemaskini kepada sistem operasi popular Android, termasuk sejumlah ciri-ciri baru. Selain Google Pixel, telefon pintar Essential turut telah menerima kemaskini Android 9.0 Pie ini.

Bercakap mengenainya, Nokia Mobile kini mengesahkan yang mana Nokia 3, 5, 6, dan 8 akan menerima kemaskini Android Pie ini.

Disamping itu, Nokia 7 Plus yang dibawah program Android One turut akan menerima kemaskini Android Pie ini.

Dengan pengumuman ini, ia semestinya mengembirakan para pengguna peranti Nokia. kini, anda hanya perlu nantikan bilakah peranti anda akan menerima kemaskini berkenaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami