Huawei Mate 20 Dijangka Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar – Lebih Tinggi Daripada 4000mAh

Huawei Mate 20 Dijangka Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar – Lebih Tinggi Daripada 4000mAh

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Huawei mempunyai dua peranti mercu yang akan diperkenalkan setiap tahun, iaitu satu dibawah siri-P, dan satu lagi dibawah siri-Mate. Dengan bulan Oktober menjelang tiba, semestinya ramai yang menantikan kemaskini untuk Mate 10 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan apakah lagi inovasi yang bakal disertakan bersama-sama dengannya.

Terkini, melalui sebuah gambar kad promosi untuk Mate 20, ia dilihat Huawei telah mula hadir dengan beberapa promosi acah awal untuk telefon pintar akan datang berkenaan.

Huawei Mate 20 Acahan Bateri

Daripada gambar yang dikongsikan oleh Pocket-Lint ini, ia memberikan petanda yang mana Huawei Mate 20 akan menawarkan kapasiti bateri yang lebih tinggi berbanding peranti mercu mereka yang lain.

Untuk makluman, pada tahun lepas, Mate 10 Pro telah hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh. Gambar acah terbaru ini memperlihatkan Mate 20 akan menawarkan kapasiti bateri yang lebih tinggi berbanding dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh pihak Huawei melalui telefon pintar akan datang mereka ini.


TIPS & ULASAN