Chrome 68 Menyertakan Sokongan Notifikasi Melalui Windows 10 Action Center

Chrome 68 Menyertakan Sokongan Notifikasi Melalui Windows 10 Action Center

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Google Chrome merupakan salah satu pelayar web popular dan digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Pelayar web berkenaan sendiri menyokong notifikasi yang anda langgan melalui beberapa web, dan menariknya, hari ini melalui Chrome 68, ia turut menyertakan sokongan notifikasi natif pada Windows 10.

Ini bermakna, anda boleh menerima notifikasi dengan lebih baik melalui Windows 10 Action Center. Ia sekaligus akan memudahkan para pengguna mengikuti pelbagai notifikasi daripada perkhidmatan berasaskan web dari Chrome dengan mudah.

Ciri baru ini hadir melalui Chrome 68, dan diaktifkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN