Cari @ Amanz

Pada tahun 2011, Motorola hadir dengan Motorola Atrix antara telefon pintar Android pertama dengan pengimbas cap jari. Lebih menarik, peranti ini turut menyokong mod desktop melalui dermaga Lapdock.

Lapdock adalah sebuah dermaga yang mempunyai skrin dan papan kekunci fizikal yang dihasilkan untuk Atrix. Kini tertiris melalui Evan Blass – adalah antaramuka sistem operasi Android yang digunakan oleh Motorola dalam mod desktop. Menurut beliau, Motorola mungkin akan kembali dengan dermaga seakan Lapdock yang dinamakan sebagai ModBook.

Agak menarik jika Motorola bercadang untuk kembalikan konsep Lapdock ini melalui Moto Mods. Motorola akhirnya mengikuti jejak langkah Samsung dan Huawei dengan turut menyertakan sokongan mod desktop untuk telefon pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd