NZXT Memperkenalkan Rangka PC H700 Edisi Terhad Bertemakan Nuka Cola Dari Siri Permainan Video Fallout

NZXT Memperkenalkan Rangka PC H700 Edisi Terhad Bertemakan Nuka Cola Dari Siri Permainan Video Fallout

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Rangka komputer bertemakan permainan video biasanya hadir melalui para pembina komputer yang mengubahsuai rangka sedia ada kepada tema yang dikehendaki.

NZXT, jenama rangka dan aksesori komputer terkemuka baru-baru ini bekerjasama dengan Bethesda Softworks, sebuah syarikat pemaju permainan video yang terkenal untuk tajuk-tajuk permainan seperti Elder Scrolls dan Fallout untuk membina sebuah siri rangka edisi terhad berdasarkan minuman Nuka Cola dari siri permainan video Fallout.

Dari segi rekaan, rangka H700 edisi Nuka Cola ini diberi cat warna merah dan hitam, lampu LED dan juga rekaan luaran yang membuatkan rangka tersebut kelihatan seperti tempat menyimpan minuman Nuka Cola tersebut.

NZXT berkata bahawa rangka H700 edisi Nuka Cola ini akan hadir di dalam kuantiti yang terhad sebanyak 2000 unit sahaja di seluruh dunia. Di samping itu, NZXT juga mengumumkan penutup besi untuk papan induk N7 Z370 mereka yang juga bertemakan Fallout. Penutup besi ini juga akan hadir dalam kuantiti yang sangat terhad, sebanyak 400 unit sahaja.

Menurut NZXT, rangka PC ini sudahpun mula dijual di kedai-kedai PC pada harga €299.90 (~RM1414).


TIPS & ULASAN