Skype Insider Kini Menyokong Spotify Melalui Skype Add-In

Skype Insider Kini Menyokong Spotify Melalui Skype Add-In

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Pada tahun 2016, Microsoft perkenalkan Skype Insider yang membolehkan pengguna cuba fungsi baru lebih awal. Terbaru dalam Skype Insider adalah sokongan Spotify dalam Spotify-Add-In.

Melalui tambahan sokongan Spotify di dalam Spotify Add-In – pengguna kini boleh berkongsi dan mendengar lagu kegemaran bersama-sama dengan kekasih, sahabat atau juga keluarga. Selain itu, pengguna turut boleh mencari muzik, album, artis atau juga mainkan lagu secara terus dari Spotify.

Buat masa ini, ia hanya hadir buat pengguna Skype Insider di Amerika Syarikat dalam Skype versi 8.26 dan ke atas. Ia akan hadir ke pengguna lain di seluruh dunia akan datang.


TIPS & ULASAN