Cari @ Amanz

Facebook Messenger turut mempunyai permainan mudah alih yang ringkas yang boleh dimainkan secara solo atau juga multi-pemain bersama rakan Facebook Messenger.

Terbaru dari Facebook adalah, permainan realiti gabungan melalui panggilan video di Facebook Messenger. Antara permainan yang sudah hadir adalah, Don’t Smile yang mencabar pemain untuk membuat mimik muka yang serius paling lama tanpa senyum dan Asteroids Attack untuk pemain kawal kapal angkasa.

Akan datang Facebook turut akan perkenalkan permainan Beach Bump, permainan bola tampar pantai dan permainan Kitten Kraze untuk memadankan kuncing yang sama.

Menariknya, mod multi-pemain boleh dimainkan sehingga enam orang serentak. Kemaskini permainan realiti gabungan ini akan hadir secara berperingkat bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd