Boost Kini Melanjutkan Perkhidmatan Dompet Digital Mereka Ke Sabah

Boost Kini Melanjutkan Perkhidmatan Dompet Digital Mereka Ke Sabah

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Boost ialah sebuah aplikasi dompet digital yang kini sedang pesat penggunaannya di Malaysia. Sokongan untuk Boost boleh dilihat bukan sahaja di kedai-kedai runcit, malah di pasar-pasar malam dan juga kendera saji (food truck).

Terkini, Boost baru sahaja membuat pengumuman bahawa mereka telah melanjutkan perkhidmatan dompet digital mereka ke negeri Sabah. Boost menyatakan bahawa dengan pengumuman ini, mereka sudahpun mempunyai 700 pemilik perniagaan dan perkhidmatan yang bersetuju untuk menggunakan dompet digital Boost ini.

Ini termasuklah kedai runcit Orange, gedung hyper Bataras, Teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pasar malam A Square Container, City Cineplex, City Optics, perkhidmatan penghantaran makanan More Fun dan juga pelbagai kendera saji di negeri tersebut.

Boost menyatakan lagi bahawa mereka mempunyai cita-cita untuk hadir dengan 100,000 pedagang di seluruh Malaysia, dan 2000 daripadanya di negeri Sabah.

Syarikat tersebut dilihat ingin bekerjasama dengan pelbagai sektor lagi, termasuklah institusi pengajian tinggi, perkhidmatan pengangkutan awam, perkhidmatan pembayaran bil dan lain-lain lagi untuk memastikan mereka menjadi perkhidmatan dompet digital nombor satu di Malaysia.


TIPS & ULASAN