Carian
Sony Memperkenalkan PlayStation 4 Pro Edisi Terhad Baru Bersempena Penjualan 500 Juta Buah Konsol PlayStation
August 9, 2018 Nazrin

Sony baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah menjual sebanyak 525 juta konsol Sony PlayStation, bermula dari konsol PlayStation yang pertama hinggalah ke konsol Sony PlayStation 4 Pro yang dilancarkan dua tahun yang lalu.

Bersempena dengan peristiwa yang bersejarah ini, Sony juga turut mengumumkan kehadiran konsol edisi terhad PlayStation 4 Pro yang dinamakan 500 Million Limited Edition PS4 Pro, dimana ia hadir dengan rekaan rangka berwarna biru gelap yang juga lutsinar, yang membolehkan rekaan dalaman konsol tersebut dilihat dengan mata kasar.

Dari segi spesifikasi, konsol PlayStation 4 edisi terhad ini akan hadir dengan storan cakera keras bersaiz 2TB, dan akan dilengkapi dengan kamera PS Camera, bersama-sama dengan sebuah pengawal permainan Dual Shock 4 yang juga mempunyai rekaan warna dan ciri lutsinar yang sama.

Menurut Sony lagi, konsol PS4 Pro 500 Million Limited Edition ini adalah terhad kepada 50,000 unit di seluruh dunia, dan akan mula dijual pada 24 Ogos kelak pada harga RM2149. Setiap konsol ini juga akan hadir dengan nombor siri mereka tersendiri.

Komen