Discord Sedang Menguji Kedai Atas-Talian Untuk Menjual Permainan Digital

Discord Sedang Menguji Kedai Atas-Talian Untuk Menjual Permainan Digital

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Jika perkhidmatan pembelian permainan komputer atas talian Steam dilihat mengimplimentasi ciri perbualan berkumpulan seperti Discord baru-baru ini, pihak Discord pula nampaknya sedang menguji ciri yang membolehkan para pengguna perkhidmatan berborak atas talian tersebut untuk membeli permainan komputer terus daripada Discord.

Discord dikatakan sedang menguji ciri kedai atas talian dengan bantuan 50,0000 pengguna Discord Nitro di negara Kanada. Buat masa ini, kedai ujian beta tersebut hadir dengan beberapa permainan komputer yang dipilih sendiri oleh pihak Discord, termasuklah Hollow Knight, Saints Row: The Third, Super Meat Boy dan sebagainya.

Dengan pengumuman kedai atas talian ini, Discord juga ingin hadir dengan ciri “First to Discord”, dimana permainan-permainan komputer yang dilancarkan akan hadir ke Discord dahulu untuk 90 hari¬†sebelum ia dijual di mana-mana platform lain.

Pihak pembangun Discord menyatakan lagi bahawa dengan pengumuman ini, mereka juga berharap bahawa para gamer akan boleh bermain permainan-permainan komputer tanpa perlu terikat pada mana-mana satu platform.

Buat masa ini, Discord masih belum mengumumkan bilakah kedai atas talian tersebut akan hadir untuk para pengguna Discord yang menggunakan akaun percuma.


TIPS & ULASAN