Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 9 Dilancarkan – Dengan Sokongan S-Pen Lebih Meluas, Bateri Lebih Besar

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung hari ini telah melancarkan telefon pintar mercu terbaru mereka dibawah siri Galaxy Note 9 secara rasminya, iaitu Samsung Galaxy Note 9. Seperti biasa, bersama-sama dengan penawaran pelbagai spesifikasi tinggi, Note 9 turut memfokuskan kepada sokongan S-Pen yang dibawakan bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy Note 9 hadir dengan skrin bersaiz 6.4-inci dengan paparan QHD+, tidak menyertakan takuk, dijana cip Exynos 9810, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 512GB. Peranti ini juga turut menawarkan sokongan mikro-SD sehingga 512GB, selain bateri berkapasiti 4000mAh.

Samsung Galaxy Note 9

Melengkapkan telefon pintar ini adalah dwi-kamera belakang gabungan lensa 12-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Seperti sebelum ini, Note 9 turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari, dan hadir dengan sokongan kalis air IP68.

Pada Galaxy Note 9 ini, Samsung turut menyertakan penambah-baikkan pada sokongan stylus mereka, S-Pen. Kini, selain mencatat nota dan melakar, S-Pen turut hadir dengan sokongan Bluetooth yang membolehkan anda menggunakannya untuk merakamkan gambar, mengawal dokumen pembentangan, menatal galeri, mengawal muzik dan sebagainya.

Samsung Galaxy Note 9 ini akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Ogos kelak, dimana kita akan mengetahui lanjut tarikh jualannya kelak. Kami akan membawakan info lanjut dan pendang pertama peranti ini sebentar lagi.


Komen ()