Epic Games Mengumumkan Pengenalan Fortnite Untuk Android – Beta Bermula Minggu Ini

Epic Games Mengumumkan Pengenalan Fortnite Untuk Android – Beta Bermula Minggu Ini

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Epic Games hari ini telah berkongsi pentas bersama pihak Samsung, dimana mereka secara rasminya mengumumkan pengenalan permua Fortnite untuk Android, dan ia akan ditawarkan secara eksklusif bersama Galaxy Note 9.

Fortnite Android

Dengan pengenalan ini, Samsung secara tidak langsung turut memposisikan telefon pintar mereka sebagai sebuah telefon pintar yang turut dioptimasikan untuk permainan video – apatah lagi dilengkapi sokongan penyejukan yang baik. Untuk pengguna Galaxy Note 9, pihak Fortnite turut menyediakan sebuah skin watak khusus, dinamakan Galaxy.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba Fortnite untuk Android, anda turut boleh mengambil peluang dengan mendaftar minat pada laman Epic Games hari ini.

Fortnite untuk Android akan ditawarkan dalam bentuk beta bermula minggu ini, dimana ia menyokong peranti berikut :

Samsung Galaxy: S7 / S7 Edge, S8 / S8+, S9 / S9+, Note 8, Note 9, Tab S3, Tab S4 Google: Pixel / Pixel XL, Pixel 2 / Pixel 2 XL, Asus: ROG Phone, Zenfone 4 Pro, 5Z, V Essential: PH-1 Huawei: Honor 10, Honor Play, Mate 10 / Pro, Mate RS, Nova 3, P20 / Pro, V10 LG: G5, G6, G7 ThinQ, V20, V30 / V30+ Nokia: 8 OnePlus: 5 / 5T, 6 Razer: Phone Xiaomi: Blackshark, Mi 5 / 5S / 5S Plus, 6 / 6 Plus, Mi 8 / 8 Explorer / 8SE, Mi Mix, Mi Mix 2, Mi Mix 2S, Mi Note 2 ZTE: Axon 7 / 7s, Axon M, Nubia / Z17 / Z17s, Nubia Z11


TIPS & ULASAN