Carian
Samsung Galaxy Watch Turut Diperkenalkan Dengan Ketahanan Bateri Untuk Penggunaan “Beberapa Hari”
August 10, 2018 Aman

Samsung hari ini turut memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka bersama-sama Galaxy Note 9, dinamakan Galaxy Watch. Ia masih mengekalkan rekaan muka jam bulat, dan hadir dalam dua variasi saiz – 42mm dan juga 46mm.

Seperti biasa, ia turut hadir dengan sokongan skrin sentuh, dan kalis air. Samsung mengatakan ia turut boleh digunakan bersama-sama ketika bersukan, termasuk ketika berenang. Dari segi masa penggunaan, Samsung mengatakan Galaxy Watch boleh digunakan untuk beberapa hari dengan sekali pengecasan. Ia turut menyokong pengecasan nirwayar.

Samsung Galaxy Watch

Jam tangan pintar ini boleh digunakan bersama-sama telefon pintar anda, selain turut hadir dalam variasi versi LTE untuk digunakan secara kendiri. Samsung turut mengatakan Galaxy Watch melengkapkan lagi ekosistem mereka, dan menghubungkan antara peranti, selain turut memudahkan kehidupan harian.

Buat masa ini, info mengenai penawaran peranti ini untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mengetahui lanjut mengenainya pada pelancaran Galaxy Note 9 pada minggu hadapan di Malaysia.

Komen