Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan pelbagai peranti baru, Samsung turut tidak melupakan arena speaker pintar, dan secara rasminya telah memperkenalkan pesaing Apple HomePod mereka tersendiri, dinamakan sebagai Galaxy Home.

Samsung Galaxy Home merupakan sebuah speaker berkuasa tinggi, dan pada masa yang sama hadir dengan integrasi pembantu digital Bixby yang dibangunkan Samsung.

Samsung Galaxy Home

Galaxy Home hadir dengan enam speaker dan subwoofer terbina dalam menawarkan kualiti audio yang baik. Pengguna juga boleh bertanyakan sebarang soalan atau memberikan arahan kepada speaker pintar ini melalui sekitar lapan mikrofon dengan keupayaan mengesan suara padanya.

Galaxy Home ini dikatakan mampu melakukan dan menerima pelbagai arahan sama seperti yang boleh dilakukan pada Bixby di telefon pintar. Malah, Samsung turut mengatakan Bixby 2.0 adalah lebih baik berbanding sebelum ini dengan pelbagai penaik-tarafan, dan sokongan komunikasi seumpama bersama manusia.

Samsung Galaxy Home

Buat masa ini, Samsung masih belum berkongsi harga jualannya, dan bilakah ia akan dijual. Masih menjadi tanda tanya juga sama ada ia akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya memandangkan Bixby masih tidak menyokong bahasa Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd