Carian
Kerentanan Pada WhatsApp Boleh Memudahkan Penyebaran Berita Palsu
August 10, 2018 Fahim Zahar

Pada tahun 2014, WhatsApp mula perkenalkan penyulitan secara menyeluruh untuk pengguna Android. Hari ini, baik Android atau iOS semua permesejan di dalam WhatsApp mempunyai penyulitan untuk untuk tujuan sekuriti.

Tetapi, baru-baru ini laman Checkpoint menemui satu kerentanan baru yang membolehkan penipu atau penyebar berita palsu mengubah mesej dalam WhatsApp untuk tujuan negatif tersebut.

Menggunakan satu perisian khas, kandungan mesej tersebut boleh diubah dan dihantar semula kepada mangsa. Kerentanan ini turut boleh mengubah mesej dalam WhatsApp group dan menyebabkan pelbagai tuduhan atau fitnah.

Menurut wakil WhatsApp yang sedar akan isu ini, mereka menyatakan di mana isu ini adalah sama dengan teknik penggubahan kandungan emel. WhatsApp sudah pun mempunyai sistem penyulitan secara menyeluruh tersendiri dan untuk memantau satu per satu mesej dari 1.5 bilion pengguna aktif adalah satu perkara yang sukar. Isu penyebaran berita palsu, kes penipuan dan fitnah melalui WhatsApp sehingga kini masih sukar untuk dibendung.

Mungkin dengan teknik baru yang ditemui ini – WhatsApp boleh mula mengambil langkah baru untuk mengetatkan atau menaiktaraf sistem penyulitan aplikasi permesejan ini.

Komen