Cari @ Amanz

Google melalui YouTube sebelum ini telah menggunakan data mereka dalam menyenaraikan syarikat telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan terbaik untuk mengakses perkhidmatan video berkenaan. Kini, selain daripada itu, YouTube turut telah mula menyenaraikan peranti yang menawarkan pengalaman terbaik untuk platform berkenaan.

Dinamakan sebagai YouTube Signature Devices, pihak YouTube mengambil kira beberapa kriteria sebelum menyenaraikan ia, termasuk dari segi sokongan HDR, kadar bingkai yang tinggi, sokongan 4K, sokongan vidoe 360-darjah, dan sokongan codec generasi baru, serta beberapa ciri lain.

Antara telefon pintar yang disenaraikan adalah termasuk Samsung Galaxy Note 9 yang telah dilancarkan oleh Samsung lewat malam semalam, Xperia XZ2 Premium dengan sokongan skrin 4K, OnePlus 6, Xiaomi Mi 8 dan sebagainya.

Semua peranti adalah berasaskan kepada Android dan tiada iPhone yang disenaraikan buat masa ini. Hal ini juga adalah kerana sokongan codec terbaru yang tidak disokong pada iOS buat masa ini.

Bagi anda yang ingin membeli peranti hanya kerana YouTube, boleh menyemak YouTube Signature Devices hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd