Acer Dikatakan Akan Mencipta Sebuah Jenama Baru Untuk Peranti Dan Aksesori Gaming Dinamakan Gadget Technology

Acer Dikatakan Akan Mencipta Sebuah Jenama Baru Untuk Peranti Dan Aksesori Gaming Dinamakan Gadget Technology

Diterbitkan pada Ogos 10, 2018 oleh .

Acer ialah sebuah syarikat pembina peralatan elektronik yang juga terkenal untuk siri komputer, laptop dan juga perkakasan gaming. Siri komputer, laptop dan perkakasan gaming mereka, Predator cukup terkenal sekali di kalangan gamer kerana kualiti dan prestasi peranti mereka yang berkuasa.

Syarikat tersebut juga dilihat hadir dengan aksesori-aksesori gaming mereka dibawah jenama Predator ini, termasuklah tetikus, papan kekunci gaming, fon kepala, kerusi, beg galas dan sebagainya.

Melalui laporan Digitimes, Acer baru-baru ini dikatakan bakal mencipta sebuah jenama baru yang dinamakan Gadget Technology, ataupun GT. Jenama Gadget Technology ini dikatakan akan menyatukan semua peranti aksesori gaming Acer dibawah satu jenama, berkemungkinan sekali secara berasingan daripada siri Predator.

Digitimes juga turut menyatakan bahawa Acer dijangka akan mengumumkan jenama Gadget Technology ini secara terbuka pada 14 September kelak. Selain daripada aksesori gaming, jenama tersebut dikatakan turut hadir dengan produk-produk seperti rantai tangan pintar dan pemantau kualiti udara.


TIPS & ULASAN