Jika anda sedang mencari sebuah laptop yang bukan sahaja nipis dan ringan, tetapi berkuasa dan hadir dengan rekaan warna yang menarik, ASUS Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa laptop VivoBook terbaru mereka, ASUS VivoBook S15 sudahpun memasuki pasaran Malaysia.
Laptop ASUS VivoBook S15 ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci pada resolusi Full HD (1920×1080). Dari segi spesifikasi dalaman, ia dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i5-8250 ataupun Intel Core i7-8550, memori DDR4 sebanyak 4GB, pilihan storan SSD 128GB dan 256GB bersama-sama dengan cakera keras sebesar 1TB dan juga kad grafik NVIDIA GeForce MX150.
Dari segi rekaan, laptop Acer VivoBook S15 ini dilihat menggunakan beberapa teknologi yang hadir pada laptop-laptop premium mereka, seperti rekaan paparan Nano Edge dimana tiga bahagian bezel paparan laptop ini diberi rekaan yang sangat nipis untuk memaksimakan penggunaan panel tersebut.
Laptop ini juga menggunakan engsel ErgoLift yang mengangkat bahagian papan kekunci laptop ini untuk mensimulasikan pengalaman menaip menggunakan papan kekunci yang terangkat sedikit.
Bukan itu sahaja, laptop ini juga hadir dengan beberapa rekaan warna yang membolehkan pengguna menyerlahkan keperibadian mereka melalui warna-warna laptop ini. Pilihan warna yang hadir termasuklah Gun Metal, Firmament Green, Grey Red dan Gold,
ASUS Malaysia turut menyatakan bahawa laptop ASUS VivoBook S15 ini sudahpun tiba di pasaran Malaysia, dan boleh dibeli di kedai-kedai pengedar di seluruh Malaysia.
Harga untuk model-model ASUS VivoBook S15 ini adalah seperti berikut:
Model | Colour | Spec | Price |
S530U-NBQ326T | GUN METAL | i5-8250/4G/1TB+128G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL | RM2,999 |
S530U-NBQ327T | FIRMAMENT GREEN | i5-8250/4G/1TB+128G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL | RM2,999 |
S530U-NBQ328T | GREY RED | i5-8250/4G/1TB+128G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL | RM2,999 |
S530U-NBQ329T | GOLD | i5-8250/4G/1TB+128G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL | RM2,999 |
S530U-NBQ048T | GOLD | i5-8250/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL | RM3,299 |
S530U-NBQ049T | GUN METAL | i5-8250/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL | RM3,299 |
S530U-NBQ050T | FIRMAMENT GREEN | i5-8250/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL | RM3,299 |
S530U-NBQ173T | GREY RED | i5-8250/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL | RM3,299 |
S530U-NBQ181T | GUN | i7-8550/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD | RM3,899 |
S530U-NBQ237T | GOLD | i7-8550/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD | RM3,899 |