Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan Xiaomi Mi 8 untuk pasaran tempatan, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan telefon pintar ini pada harga bermula RM1599.
Xiaomi Mi 8 merupakan telefon pintar berkuasa tinggi terbaru daripada Xiaomi, hadir dengan rekaan bertakuk dan dwi-kamera belakang. Ia menggunakan skrin 6.21-inci FHD+ AMOLED, dijana cip Snapdragon 845, dan hadir dengan sokongan grafik Adreno 630.
Untuk rakaman gambar, Xiaomi Mi 8 hadir dengan dwi-kamera belakang 12-megapixel, selain kamera hadapan 20-megapixel. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3400mAh.
Dua variasi model ditawarkan di Malaysia, iaitu Xiaomi Mi 8 dengan 6GB RAM dan 64GB storan pada harga RM1599, sementara model 6GB dengan 128GB pula akan dijual pada harga RM1899. Xiaomi akan memulakan jualannya melalui laman Lazada dan Shopee mulai 16 Ogos 2018.