Samsung Mengintegrasikan Spotify Pada Pelbagai Peranti Mereka

Samsung Mengintegrasikan Spotify Pada Pelbagai Peranti Mereka

Diterbitkan pada Ogos 10, 2018 oleh .

Apple sedia mempunyai penawaran muzik mereka tersendiri yang dinamakan Apple Music. Samsung turut pernah mencuba menawarkan perkhidmatan muzik mereka dinamakan Milk Music, namun ia tidak diteruskan selepas beberapa tahun ditawarkan.

Kini, sebagai alternatif, pihak Samsung mengumumkan kerjasama dengan pihak Spotify – iaitu penyedia perkhidmatan penstriman muzik paling popular di dunia.

Samsung Spotify

Melalui kerjasama ini, Samsung akan mengintegrasikan Spotify pada pelbagai peranti mereka – sekaligus memudahkan pengguna menikmati kandungan muzik pada mana-mana peranti, termasuk telefon pintar, televisyen, mahupun speaker pintar Samsung.

Malah, Samsung juga akan turut mengintegrasikannya bersama Bixby – yang mana kelak akan membolehkan pengguna bertanyakan muzik, dan Bixby akan membuat carian dan memainkannya daripada Spotify.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai integrasi Spotify ini dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN