Cari @ Amanz

JomParking merupakan salah satu aplikasi tempatan yang membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan mudah untuk tempat letak kenderaan.

Buat masa ini, ia telah menyokong lokasi parkir awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Tawau, dan beberapa lokasi yang lain.

Setelah sekian lama, kini pembangunnya juga turut telah menambah sokongan bahasa Malaysia pada aplikasi berkenaan, sekaligus membolehkan pengguna tempatan yang inginkan aplikasi dalam tetapan bahasa kebangsaan menggunakannya dengan lebih mudah.

Dengan menggunakan aplikasi ini, pengguna tidak lagi perlu dengan sukar membuat pembelian baucar parkir atau mencari duit syiling untuk membayar – sebaliknya boleh dilakukan terus melalui aplikasi berkenaan. Anda hanya perlu memasukkan nombor plat kenderaan, memilih lokasi parkir, dan mengikuti arahan seperti menetapkan tempoh masa.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi JomParking ini hari ini di Android dan iPhone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd