Carian
Intel Memperlihatkan SSD Berbentuk Pembaris – Hadir Dengan Storan Sebesar 32TB
August 11, 2018 Nazrin

Intel ialah sebuah syarikat yang cukup terkenal untuk siri cip pemprosesan mereka, tetapi selain itu, mereka juga dikenali untuk merintis teknologi storan, dan adalah diantara syarikat-syarikat pertama untuk hadir dengan storan berdasarkan cip flash.

Terkini, Intel mengumumkan perkakasan SSD terbaru mereka yang dinamakan DC P4500. SSD ini cukup berbeza dengan mana-mana SSD yang lain kerana rekaannya yang hadir dalam bentuk pembaris 12 inci.

Dibina menggunakan SSD QLC Intel D5-P4326, setiap pembaris SSD ini mampu menampung storan sebanyak 32TB, dan sebanyak 32 batang SSD ini boleh dimuatkan ke dalam mesin pelayan 1U untuk storan sebanyak 1.0 petabyte.

Dari segi penggunaan tenaga pula, setiap satu SSD DC P4500 ini hanya menggunakan 1/10 daripada jumlah tenaga yang diperlukan oleh storan biasa. Menurut Intel lagi, SSD PC P4500 ini sudahpun digunakan oleh syarikat-syarikat seperti IBM, Microsoft dan juga Tencent.

Komen