Spotify mempunyai penawaran perkhidmatan percuma yang hadir dengan sokongan iklan – memerlukan pengguna mendengarnya, sekaligus menjadikannya ia sebagai ganti kepada bayaran perkhidmatan Spotify Premium. Menariknya, kini, penyedia perkhidmatan penstriman muzik popular berkenaan sedang menguji sebuah ciri yang membolehkan pengguna percuma ini turut melangkau iklan.
Buat masa ini, ia diuji di Australia, membolehkan pengguna Spotify percuma untuk melangkau iklan yang mereka tidak inginkan seberapa banyak kali pun. Spotify mengatakan langkah ini membolehkan mereka mempelajari iklan yang disukai dan tidak disukai pengguna – sekaligus menyasarkan iklan dengan lebih baik kepada pengguna.
Malah, langkah ini turut menguntungkan pengiklan – dimana mereka boleh menyasarkan pengguna yang benar-benar ingin mendengar iklan mereka sahaja. Pengiklan juga tidak perlu membayar kepada iklan yang dilangkau oleh pengguna.
Buat masa ini, ia sekadar ujian awal sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan diperkenalkan pada peringkat global atau sebaliknya.