HTC Mengesahkan Android Pie Bakal Hadir Ke HTC U12+, HTC U11+, HTC U11 Dan HTC U11 Life
HTC

HTC Mengesahkan Android Pie Bakal Hadir Ke HTC U12+, HTC U11+, HTC U11 Dan HTC U11 Life

Diterbitkan pada Ogos 11, 2018 oleh .

HTC hari ini akhirnya mengesahkan pengenalan Android 9.0 Pie untuk telefon pintar mereka, mengatakan ia bakal hadir ke empat peranti tidak lama lagi.

HTC Android Pie

Empat peranti berkenaan adalah HTC U12+, HTC U11+, HTC U11, dan juga HTC U11 Life (Android One). Walaubagaimanapun, jadual pengenalannya masih tidak diketahui. Kita mungkin boleh melihat ia hadir ke peranti mercu terlebih dahulu dalam beberapa bulan lagi.

Android 9.0 Pie merupakan sistem operasi terkini daripada Google, menawarkan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk penambah-baikkan antaramuka, integrasi pembelajaran mesin, pengoptimasian bateri dan sebagainya.


TIPS & ULASAN