Google Memberi Notifikasi Amaran Mengenai Ketiadaan Fortnite Untuk Android Di Play Store

Google Memberi Notifikasi Amaran Mengenai Ketiadaan Fortnite Untuk Android Di Play Store

Diterbitkan pada Ogos 11, 2018 oleh .

Epic Games telah pun mengumumkan pengenalan permainan Fortnite untuk Android ketika pelancaran Galaxy Note 9 tempoh hari. Walaubagaimanapun, Epic Games memilih kaedah untuk menawarkan terus permainan berkenaan tanpa melalui Google Play Store.

Kini, selari dengannya, Google dilihat telah mula memaparkan notifikasi amaran pada Google Play Store mengenai ketiadaan Fortnite di kedai aplikasi Android berkenaan.

Fortnite PlayStore

Untuk carian Fortnite di Play Store, Google menyatakan yang mana Fortnite Battle Royale tidak ditawarkan melalui Google Play. Sebagai alternatif, dibawahnya Google menyenaraikan permainan lain daripada Epic Games, selain turut menyediakan sejumlah permainan Battle Royale lain – termasuk PUBG Mobile yang mengungguli carta berkenaan.

Dengan langkah ini, Google cuba mengatasi daripada masalah pengguna yang mungkin memuat-turun aplikasi atau permainan palsu dengan nama lebih kurang sama ke peranti mereka.


TIPS & ULASAN