Cari @ Amanz

Huawei Malaysia hari ini telah memulakan jualan telefon pintar terbaru dibawah siri Nova, iaitu Huawei Nova 3. Berbanding Nova 3i sebelum ini, variasi Nova 3 hadir dengan spesifikasi yang lebih tinggi.

Huawei Nova 3 hadir dengna skrin 6.3-inci IPS LCD FHD+, dijana cip Kiirn 970, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia adalah empat kamera – dua dihadapan, dua dibelakang. Pada bahagian belakang ia menawarkan gabungan 16+24MP, sementara pada bahagian hadapan ia menyertakan kamera 24MP+2MP.

Huawei Nova 3

Huawei Nova 3

Huawei juga menjanjikan penawaran kemaskini dengan penambahan sokongan GPU Turbo untuk peranti ini tidak lama lagi. Huawei turut hadir dengan penawaran edisi terhad berwarna merah untuk pelancaran mereka di Malaysia hari ini.

Buat masa ini, ia telah mula dijual melalui beberapa kedai rasmi Huawei, dan dijangka ditawarkan meluas melalui platform atas-talian dan pengedar Huawei seluruh negara dalam seminggu dua lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd