Cari @ Amanz

Vivo Malaysia sebelum ini telah mengemaskini harga jualan Vivo V9 kepada RM1199 pada bulan Julai lepas. Kini, kurang sebulan, pihak Vivo dilihat sekali lagi mengemaskini harga jualan telefon pintar mereka. Vivo V9 kini boleh didapati pada harga RM1099 melalui para penjual seluruh negara.

Vivo V9 hadir dengan skrin 6.3-inci dengan rekaan bertakuk di atas, dijana Snapdragon 626, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Ia menggunakan kamera hadapan 24-megapixel untuk swafoto, selain dwi-kamera belakang 16MP + 5MP. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3260mAh.

Dengan arena peranti mudah-alih yang semakin kompetitif dari hari ke hari, mungkin kini Vivo sedikit mengurangkan harga peranti mereka. Selain Vivo V9, baru-baru ini mereka turut telah melancarkan Vivo NEX yang menawarkan rekaan kamera hadapan boleh disembunyikan, serta spesifikasi tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd