Hanya Enam Peranti Sony Xperia Akan Menerima Kemaskini Android Pie

Hanya Enam Peranti Sony Xperia Akan Menerima Kemaskini Android Pie

Diterbitkan pada Ogos 12, 2018 oleh .

HTC telah mengeluarkan senarai pendek peranti yang akan menerima kemaskini ke Android Pie. Semalam Sony juga berkongsi senarai mereka yang tersendiri dan ia mengecewakan kerana hanya mengandungi enam peranti. Senarai penuh adalah seperti di bawah. Kemaskini akan diberikan bermula September dan berakhir pada bulan November.

  1. Sony Xperia XZ1
  2. Sony Xperia XZ1 Compact
  3. Sony Xperia XZ1 Premium
  4. Sony Xperia XZ2
  5. Sony Xperia XZ2 Compact
  6. Sony Xperia XZ2 Premium

Keenam-enam peranti ini dilancarkan kurang dari setahun yang lalu. Bagi pemilik peranti yang lebih berusia, ketiadaan peranti di dalam senarai penerima kemaskini pasti mengecewakan. Biasanya peranti akan disokong sehingga dua tahun tetapi ini jelas tidak berlaku di Sony.  Ini akan menyebabkan semakin ramai pengguna berhijrah ke jenama lain seperti Nokia yang berjanji memberikan kemaskini Android Pie kepada kesemua peranti yang telah mereka lancarkan


TIPS & ULASAN