Carian
NASA Menghantar Kapal Angkasa Ke Matahari Dalam Lebih Memahami Bintang Berkenaan
August 12, 2018 Aman

NASA hari ini secara rasminya telah pun menghantar misi angkasa yang terbaru, iaitu menghantar kapal angkasa untuk mendekati matahari. Dengan misi ini, NASA ingin membolehkan kajian berkaitan matahari dilakukan – termasuk berkaitan fenomena angin suria, selain bagaimana bintang berkenaan beroperasi dan memahami proses fizik disebaliknya.

Misi yang dinamakan sebagai “Parker Solar Probe” ini akan menjadikan ia sebagai objek buatan manusia yang pernah menjadi paling rapat dengan matahari.

NASA Solar Probe

Kapal angkasa ini akan berada pada jarak sekitar 6.12 juta kilometer daripada matahari, dan mampu bertahan suhu melangkaui 1400C, selain turut menawarkan ketahanan radiasi yang sangat tinggi.

Parker Solar Probe ini akan mengelilingi matahari untuk tempoh sekitar tujuh tahun dalam mengumpulkan pelbagai data berkaitan bintang berkenaan – sekaligus membolehkan manusia lebih memahami pelbagai perkara berkaitan matahari.

Komen