Astro Memulakan Siaran 4K UHD Hari Ini Melalui Beberapa Kedai Kerjasama Terpilih

Astro Memulakan Siaran 4K UHD Hari Ini Melalui Beberapa Kedai Kerjasama Terpilih

Diterbitkan pada Ogos 12, 2018 oleh .

Astro hari ini telah memulakan ujian siaran 4K UHD secara terbuka. Buat masa ini, Astro masih mengujinya di beberapa kedai makan terpilih di beberapa lokasi utama. Astro menyediakan laman khusus untuknya bagi membolehkan anda menyemak dimana anda boleh menonton dalam bentuk resolusi 4K bersama-sama rakan anda yang lain.

Melalui penawaran kandungan 4K ini, pengguna boleh menikmati pewarnaan 10-bit yang lebih baik, selain kadar bingkai 50 FPS yang menawarkan bentuk tontonan lebih baik berbanding resolusi HD biasa.

Penawaran siaran pada resolusi 4K ini hanya boleh dinikmati melalui kedai makan terpilih sahaja buat masa ini sekitar Lembah Klang. Astro dijangka akan terus menambah rakan kerjasama mereka untuk ujian siaran ini dari minggu ke minggu.

Buat masa ini, Astro hanya menawarkan tayangan Liga Perdana Inggeris terpilih pada resolusi ini. Melalui laman FAQ Astro, kelak pengguna turut boleh menonton siaran F1 dalam bentuk 4K UHD, selain beberapa filem dan kandungan hiburan yang lain.


TIPS & ULASAN