Huawei dijangka memperkenalkan telefon pintar Mate 20 mereka pada bulan Oktober kelak, dan menariknya, kini salah satu peranti dibawah siri-Mate 20 dilihat tertiris ke arena web.
Dikongsikan melalui Winfuture, peranti yang tertiris adalah Huawei Mate 20 Lite – dimana ia hadir dengan beberapa ciri-ciri premium, tetapi pada spesifikasi pertengahan.
Mengikut apa yang tertiris, Huawei Mate 20 Lite dilihat menyertakan rekaan skrin bertakuk dihadapan, menggunakan dwi-kamera hadapan dan juga dwi-kamera belakang.
Daripada spesifikasi, Huawei Mate 20 Lite dikatakan akan menggunakan skrin 6.3-inci LCD, dijana cip Kirin 710, memori 6GB RAM dan storan sebesar 64GB.
Untuk kamera pula, Huawei Mate 20 Lite dijangka hadir dengan dwi-kamera hadapan gabungan 24-megapixel dan 2-megapixel, sementara pada bahagian belakang ia hadir dengan dwi-kamera 20-megapixel dan 2-megapixel. Telefon pintar ini juga dilihat dijana bateri 3650mAh.
Berkemungkinan peranti ini ditawarkan dibeberapa buah negara sahaja, dan mungkin ditawarkan dengan nama lain di negara-negara lain. Sebelum ini, kita telah melihat Huawei P20 Lite diperkenalkan lebih awal berbanding pelancaran rasmi siri-P20. Dengan ketirisan ini, mungkinkah kita lihat Huawei Mate 20 Lite turut diperkenalkan lebih awal berbanding pelancaran rasmi siri berkenaan sekitar Oktober kelak.