Spesifikasi Penuh Google Pixel 3 XL Tertiris – Hadir Dengan Tiga Kamera Hadapan?

Diterbitkan pada Ogos 13, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Pixel 3 adalah peranti mercu yang menjalankan Android asli yang dinantikan ramai orang. Jika sebelum ini secara keseluruhan  Pixel 2 mempunyai prestasi kamera yang baik dengan hanya satu lensa, bagaimana pula dengan Pixel 3?

Sebelum ini telah tertiris Google Pixel 3 XL dengan  kehadiran takuk besar serta mempunyai set fon telinga USB-C seakan Pixel Buds di dalam kotak. Terkini tertiris adalah spesifikasi Pixel 3 XL yang dikatakan mempunyai tiga kamera hadapan.

Informasi ini diterima melalui semakan Antutu. Ia memperlihatkan kehadiran tiga kamera. Jika bandingkan dengan laporan tertiris sebelum ini – Pixel 3 Xl seharusnya hanya mempunyai dua kamera hadapan. Ini mungkin adalah satu kesilapan teknikal Antutu. Spesifikasi lain, skrin Pixel 3 XL menggunakan panel 6.7-inci dengan resolusi 2960×1440, kamera utama 12.2-Megapixel dan beberapa sensor kamera hadapan 8.1-Megapixel.

Selain itu, ia hadir dengan memori 4GB dan storan 64GB serta GPU Adreno 630 dan menjalankan Android 9 Pie. Di dalam video tertiris ini juga, turut memperlihatkan fungsi gambar latar pada mod Ambient Display. Ini adalah selari dengan kod yang ditemui di dalam Android 9.0 Pie sebelum ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami