Cari @ Amanz

Setiap tahun pembebasan Malaysia dari cengkaman Britain disambut meriah. Tahun ini menandakan tahun ke-61 kita bebas memerintah mengikut acuan sendiri tanpa dikawal seperti boneka. Sempena itu Samsung menawarkan beberapa potongan harga menarik ke atas beberapa model tablet Galaxy Tab mereka seperti yang tertera di bawah.

Model Harga Asal
Harga Promosi
Galaxy Tab S3 (9.7”) RM2,829 RM2,299
Galaxy Tab S2 (9.7”) RM1,879 RM1,599
Galaxy Tab S2 (8.0”) RM1,599 RM1,399
Galaxy Tab A (10.1”) dengan S Pen RM1,499 RM1,299
Galaxy Tab A (8.0”) RM1,129 RM959
Galaxy Tab A (8.0”) dengan S Pen RM1,029 RM899
Galaxy Tab A (7.0”) RM659 RM559

Potongan harga yang diberikan adalah mencecah RM530 pada model tertentu. Promosi ini boleh dinikmati di ruang pameran dan kedai atas talian Samsung bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2018. Untuk maklumat lanjut sila ke pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd