Cip Intel Generasi Ke-9 Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Oktober Kelak

Cip Intel Generasi Ke-9 Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Oktober Kelak

Diterbitkan pada Ogos 13, 2018 oleh .

Intel kini diperkatakan mungkin hadir dengan cip pemprosesan generasi terbaru mereka, iaitu cip generasi ke-9 menjelang bulan Oktober kelak. Cip pemprosesan terbaru daripada Intel ini kelak dijangka turut hadir dengan pilihan lapan teras, selain kuasa pemprosesan lebih tinggi.

Desas-desus baru ini hadir daripada WCCFTech, mengatakan Intel bakal memperkenalkan cip Intel Core i9, Core i7 dan i5 generasi ke-9 pada 1 Oktober 2018 kelak. Cip pemprosesan ini dijangka akan kekal menggunakan rekaan berasaskan 14nm.

Cip Intel Core i9-9900K dijangka akan menjadi cip pemprosesan paling berkuasa dengan kuasa pemprosesan mencapai 3.6Ghz, selain kebolehan boost sehingga 4.7Ghz. Ia ditujukan kepada pengguna yang inginkan pemprosesan berkuasa tinggi dan bagi para peminat lewahjam.

Sementara untuk pengguna umum, cip pemprosesan berkuasa dijangka adalah Core i7-9700K yang turut membawakan rekaan lapan teras dengan kuasa pemprosesan sehingga 3.6Ghz. Untuk cip Core-i5, Intel dijangka menawarkan rekaan enam teras dengan enam bebenang.

Sekiranya tepat Intel melancarkannya pada awal Oktober ini, kita mungkin akan dapat melihat ia ditawarkan melalui sejumlah komputer tidak lama selepas itu.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Intel melalui cip generasi baru mereka kelak.


TIPS & ULASAN