Pada hari ini, telefon pintar memfokuskan kepada permainan video telah menjadi salah satu trend ramai pengeluar. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pengeluar yang tidak begitu mengoptimasikan peranti mereka sepenuhnya untuk permainan video, mudah cepat panas, selain sokongan grafik yang tidak menyeluruh.
Tetapi perkara berkenaan adalah tidak untuk Samsung Galaxy Note 9 yang terbaru. Samsung sangat mengoptimasikan peranti mereka untuk permainan berkuasa tinggi, malah, Samsung juga umumkan kerjasama dengan Epic Games untuk Fortnite secara eksklusif pada telefon pintar mereka.
Samsung Galaxy Note 9 hadir dengan cip pemprosesan Exynos 9810, dan penawaran grafik Mali G72 MP18. Ia juga hadir dengan sokongan grafik Vulkan untuk penawaran permainan yang lebih baik berbanding peranti lain di pasaran.
Selain sokongan grafik yang baik, Galaxy Note 9 turut hadir dengan sokongan penyejukan peranti yang sangat efisyen – sehingga lebih 21% – sekaligus mengelak peranti anda menjadi sangat panas ketika bermain untuk tempoh waktu yang lama. Langkah ini juga turut mengelak peranti mengalami lengah-masa dalam permainan ketika sedang bermain.
Samsung juga turut meningkatkan pengalaman permainan dengan penawaran memori sehingga 8GB RAM pada Galaxy Note 9, selain sokongan audio yang dioptimasikan oleh AKG. Melengkapkan ia juga adalah pengawalan notifikasi ketika anda sedang bermain, dimana ia tidak menganggu sebarang proses anda bermain permainan seperti beberapa peranti yang lain.
Dengan penawaran ini, ia sekaligus menjadikan Samsung Galaxy Note 9 adalah salah satu peranti memfokuskan gaming yang sangat berkuasa berbanding telefon pintar lain di pasaran. Apatah lagi, bagi peminat Fortnite, anda juga akan menerima kandungan eksklusif berbentuk skin dinamakan Galaxy.
Bagi anda yang mencari telefon memfokuskan gaming, mungkin boleh mendapatkan Galaxy Note 9 hari ini. Di Malaysia, Samsung Galaxy Note 9 ditawarkan pada harga bermula RM3699, dan boleh dipra-tempah hari ini melalui laman rasmi Samsung Malaysia.
- Info
- Pra-Tempah : Samsung Galaxy Note 9
Ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.