Spesifikasi BlackBerry Key2 LE Tertiris

Spesifikasi BlackBerry Key2 LE Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 13, 2018 oleh .

Pada bulan lepas, BlackBerry Key2 Lite tertiris. Menurut peniris Evan Blass, Key2 Lite mempunyai rekaan keseluruhan yang hampir sama dengan BlackBerry Key2 – cuma ia dibina daripada plastik dan mempunyai banyak pilihan warna.

Kini melalui Android Police, imej yang lebih kurang sama dengan BlackBerry Key2 Lite tertiris lagi – cuma kali ini ia diberi nama sebagai BlackBerry Key2 LE. Ia dikatakan adalah versi kemaskini daripada KeyOne dan sedikit rendah berbanding Key2. Selain daripada itu, ia mungkin akan ditawarkan pada harga yang lebih murah.

Dari segi spesifikasi yang tertiris, Key2 LE akan dijana dengan Snapdragon 636, memori 4GB RAM, 32/64 GB storan dalaman, skrin 4.5-inci panel FHD+ yang sama dengan Key2, bateri 3000mAh dan juga tetapan dwi-kamera 13+5 Megapixel. Sedikit mengecewakan adalah fungsi trackpad hadir pada KeyOne dan Key2 yang berfungsi untuk menatal Twitter, laman web atau lain-lain tidak akan hadir pada Key2 LE.

Jika BlackBerry Key2 dijual pada RM2,599 secara rasmi, bagaimana pula dengan Key2 LE? Adakah ia akan dijual pada bawah RM2000? Sama-sama kita nantikan pengumuman dari BlackBerry akan datang.


TIPS & ULASAN