Kerajaan Sedang Mengkaji Langkah Mengehadkan Akses Internet Untuk Remaja Selepas 12 Tengah Malam

Kerajaan Sedang Mengkaji Langkah Mengehadkan Akses Internet Untuk Remaja Selepas 12 Tengah Malam

Diterbitkan pada Ogos 13, 2018 oleh .

Dengan akses internet yang semakin meluas pada hari ini, ia juga membawa kebimbangan, dimana ramai remaja yang menghabiskan masa mengakses internet atau memainkan permainan sehingga ke lewat tengah malam. Kini, untuk mengatasinya, kerajaan sedang mengkaji langkah untuk mengehadkan akses internet untuk remaja yang berumur bawah 17 tahun selepas 12-tengah malam.

Langkah ini selari dengan apa yang dilaksanakan dibeberapa buah negara, termasuk di Jepun dan Korea Selatan. Dengan langkah ini juga, ia dijangka mengatasi masalah ketagihan mengakses aplikasi media sosial dan permainan video dikalangan para remaja.

Samsung Galaxy Note 9

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah ia akan dilaksanakan. Pada hari ini, terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan ciri kawalan ibu bapa, tetapi ia mungkin sukar dipantau dikalangan para remaja. Disamping itu, terdapat juga beberapa penerbit permainan yang mengehadkan akses kepada para remaja 17 tahun selepas mereka bermain untuk suatu tempoh masa.

Seperti biasa, langkah kawalan ini boleh dimulakan di rumah, dimana para ibu bapa boleh menutup akses kepada penghala selepas tengah malam.


TIPS & ULASAN