Carian
Oppo R17 Hadir Dengan 8GB RAM, Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin
August 13, 2018 Aman

Oppo kini nampaknya hadir dengan kemaskini terbaru untuk peranti dibawah siri Oppo R, iaitu Oppo R17. Seperti biasa, selain penawaran spesifikasi yang baik, telefon pintar terbaru ini juga turut hadir sokongan pengimbas cap jari pada skrin.

Oppo R17 ini menggunakan skrin 6.4-inci AMOLED dengan rekaan bertakuk. Berbeza dengan takuk peranti lain, Oppo R17 menggunakan rekaan takuk yang lebih kecil – seumpama titisan air.

Oppo R17

Menariknya juga adalah telefon pintar ini menggunakan sokongan pengimbas cap jari yang terletak disebalik skrin.

Menjana peranti ini adalah cip Snapdragon 670, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Melengkapkan ia adalah kamera hadapan 25-megapixel untuk sokongan swafoto.

Telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan bateri berkapasiti 3500mAh yang dilengkapi kebolehan pengecasan VOOC.

Oppo R17

Dari segi ssitem operasi, ia menggunakan Android 8.1 Oreo yang ditambah dengan antaramuka ColorOS 5.2.

Buat masa ini, ia telah disenaraikan untuk pasaran China – dan mungkin kita lihat ia turut hadir untuk pasaran global tidak lama lagi.

Komen