Tanda Harga Tempatan Untuk CPU AMD Threadripper Generasi Kedua Diperlihatkan
AMD

Tanda Harga Tempatan Untuk CPU AMD Threadripper Generasi Kedua Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 13, 2018 oleh .

AMD telah membuka pra-tempahan untuk CPU AMD Ryzen Threadripper generasi kedua, dan akan hadir dengan empat model CPU siri HEDT, termasuklah AMD Ryzen Threadripper 2990WX, AMD Ryzen Threadripper 2970WX, AMD Ryzen Threadripper 2950X dan juga AMD Ryzen Threadripper 2920X.

Dua daripada CPU ini, iaitu AMD Ryzen Threadripper 2990WX dan juga AMD Ryzen Threadripper 2950X akan masuk ke pasaran Malaysia pada bulan ini, dan pihak AMD Malaysia telah mengumumkan bahawa siri CPU HEDT ini akan hadir ke pasaran Malaysia.

Dua CPU pertama yang akan mula dijual ialah CPU 32 teras AMD Ryzen Threadripper 2990WX dan CPU  AMD Ryzen Threadripper 2950X, dan tanda harga untuk kedua-dua CPU ini juga diperlihatkan. CPU Threadripper 2990WX akan dijual di kedai-kedai komputer di Malaysia pada harga RM7999, manakala CPU 16 teras Threadripper 2950X akan dijual pada harga RM3899.

CPU AMD Threadripper 2990WX sudahpun dijual bermula hari ini, manakala CPU AMD Threadripper 2950X akan dijual bermula 30 Ogos kelak. CPU AMD Ryzen Threadripper 2970WX dan AMD Ryzen Threadripper 2920X pula akan hadir di pasaran tempatan pada bulan Oktober kelak.


TIPS & ULASAN