Xiaomi Bakal Memperkenalkan Peranti Dibawah Sub-Jenama POCO Pada Minggu Hadapan

Xiaomi Bakal Memperkenalkan Peranti Dibawah Sub-Jenama POCO Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 13, 2018 oleh .

Bagi anda yang mengikuti perkembangan Xiaomi, mungkin sedia maklum akan mengenai sub-jenama POCO yang sedang dibangunkan mereka, dan telefon pertama dibawahnya yang akan dikenali dengan nama POCO F1.

Selepas pelbagai ketirisan sebelum ini, kini akhirnya tarikh pelancarannya telah diketahui. Melalui Tweet daripada Xiaomi, mereka berkongsi yang mana POCO F1 bakal dilancarkan secara rasminya pada 22 Ogos kelak di India.

Mengikut apa yang tertiris sebelum ini, POCO F1 dijangka hadir dengan cip Snapdragon 845 – sekaligus selari dengan pemasaran pihak POCO. Ia juga dijangka hadir dengan sokongan penyejukan berasaskan cecair bersama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 22 Ogos ini untuk melihat penawaran POCO F1 ini. Memandangkan ia telah melepasi SIRIM, kita turut mungkin melihat peranti ini memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN