Cari @ Amanz

Samsung Malaysia telah pun mengumumkan penawaran Galaxy Note 9 sebelum ini, dan memulakan pra-tempahan untuk peranti berkenaan sejak beberapa hari yang lepas. Menariknya, ia kelihatan peranti daripada Samsung kali ini benar-benar menerima perhatian ramai, termasuk dari segi angka pra-tempahan.

Samsung Galaxy Note 9 Pre-Order

Terkini, Samsung Malaysia telah mengumumkan yang mana Galaxy Note 9 versi 512GB telah pun habis dipra-tempah, dan pengguna perlu nantikan penawaran pelancaran rasmi Galaxy Note 9 di Malaysia untuk mendapatkan model variasi berkenaan. Ini sekaligus membuatkan anda tidak boleh lagi menikmati penawaran pra-tempahan yang menyertakan sebuah Gear Sport dan pengecas nirwayar. Walaubagaimanapun, pihak Samsung tidak menyatakan berapakah kuantiti model variasi 512GB yang telah dipra-tempah oleh pengguna.

Bagi anda yang masih berminat dapatkan Galaxy Note 9 bersama-sama penawaran pra-tempahan, buat masa ini hanya model 128GB yang ditawarkan yang mana versi berwarna gangsa dan biru masih boleh dipra-tempah melalui laman rasmi Samsung hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd