Chromebook Mungkin Menerima Sokongan Untuk Dwi-Boot Ke Windows 10

Chromebook Mungkin Menerima Sokongan Untuk Dwi-Boot Ke Windows 10

Diterbitkan pada Ogos 13, 2018 oleh .

Chromebook merupakan salah satu komputer riba yang mempunyai peminatnya tersendiri – terutamanya bagi mereka yang melakukan pelbagai tugasan terus pada pelayar web. Sebelum ini, Google telah mula menambah sokongan aplikasi Android pada Chromebook, dan kini nampaknya mereka akan menambah satu lagi ciri baru yang menarik.

Melalui XDA-Developers, mereka kini telah menemui kod pembangunan awal yang dinamakan sebagai Campfire. Melalui Campfire ini, ia dijangka menawarkan sokongan pengguna untuk dwi-boot ke sistem operasi Windows 10 terus pada Chromebook mereka.

Ia dikatakan Google bukan sekadar menguji ciri ini, tetapi benar-benar ingin melancarkan kepada pengguna. Malah, sokongan untuk dwi-boot ini juga dijangka akan menjadi mudah dan mesra pengguna umum tanpa kesukaran seperti pada sistem operasi Linux lain.

Apa pun, ia dikatakan Chromebook berkaitan perlu mempunyai ruangan storan yang mencukupi – memandangkan untuk Windows 10 ia akan menawarkan ruangan sebanyak 30GB, selain 10GB untuk Chrome OS.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan melancarkan Campfire ini secara rasminya. Mungkinkah kita mendengar lanjut pada acara Pixel akan datang?


TIPS & ULASAN