Apple Menangguhkan Pengenalan Panggilan FaceTime Berkumpulan

Apple Menangguhkan Pengenalan Panggilan FaceTime Berkumpulan

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Apple sebelum ini telah menjadualkan pengenalan panggilan video berkumpulan pada FaceTime pada iOS 12 yang dijangka dilancarkan pada bulan hadapan. Walaubagaimanapun, ia dilihat kini ditangguhkan sementara, dan tidak akan hadir pada kemaskini iOS 12 pada bulan hadapan.

Melalui Group FaceTime, sebelum ini Apple memperlihatkan kebolehan membuat panggilan video sehingga 32 pengguna serentak pada sesuatu masa.

Apple tidak memberitahu mengapakah penangguhan ini berlaku. Berkemungkinan untuk lebih mengoptimasikannya dan menjadikan pengalaman panggilan video berkenaan lebih baik kepada pengguna umum.

Apple berkongsi pengumuman mengenai hal ini melalui kemaskini iOS 12 Developer Beta yang dikeluarkan hari ini. Mereka mengatakan kemaskini perisian akan menyusul dalam beberapa bulan lagi yang dijangka menyertakan sokongan Group FaceTime ini.


TIPS & ULASAN