Cari @ Amanz

Dengan perkembangan arena telekomunikasi, kini ramai yang sedang bersaing untuk menjadi terawal untuk memperkenalkan sokongan peranti dengan rangkaian 5G. Ia dilihat Samsung dan Huawei antara yang bersaing untuk ingin menjadi terawal memperkenalkan sokongan telefon pintar dengan rangkaian 5G.

Bercakap mengenainya, kini Samsung dipetik mengatakan yang mana Galaxy S10 yang disasarkan pelancaran sekitar Februari 2019 kelak mungkin bukan peranti pertama dengan sokongan 5G daripada Samsung.

Sebaliknya, Samsung dijangka akan hadir dengan sebuah telefon pintar khusus memfokuskan integrasi sokongan 5G. Namun, menjadi persoalan adalah sama ada Samsung akan memperkenalkan ia sebelum Galaxy S10 atau sebaliknya. Hal ini sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada Samsung Galaxy S10 akan menyertakan sokongan rangkaian 5G ataupun sebaliknya.

Selain daripada Galaxy S10, Samsung juga kini turut menyasarkan untuk pengenalan telefon dengan skrin boleh-lipat pada awal tahun hadapan – dimana ia dijangka turut hadir dengan sejumlah ciri-ciri premium.

Bersama-sama Samsung, salah satu pengeluar lain yang turut bersaing dalam hadir dengan peranti 5G dan juga telefon dengan skrin boleh-lipat adalah Huawei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd